Saturday 17 January 2015

نحو/NAHU: Perkataan Ada 3 Bahagian: الإسم والفعل والحر



PERKATAAN : أقسام الكلمة وتعـريف كل منها Perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab boleh dikategorikan kepada 3 kategori.

Mula-mula, sila perhatikan contoh berikut beserta mafhumnya:

قال تعالى
فـَـالـْـيـَـنـظـُر ِ الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ 24

أ َنـَّـا صَبَبْنـَـا الـْـمَـآءَ صَـبًّا 25

ثـُـمَّ شـَـقـَقـْـنـََا الأ َرْضَ شـَـقـًّا 26
فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا فِـيهَا حَبًّا 27

وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا 28

زَيْتـُونـًاوَ َنـَـخـْـلا ً 29

وَحَدَائـِق َ غـُلـْبًا 30

وَفـَاكِهَة ً وَأ َبًّا 31

مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــم 32

( سورة عبس من الأية 24 إلى الأية 32)


Mafhumnya :

24- ( Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)
25- Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
26- Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
27- lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
28- dan buah anggur serta sayur-sayuran,
29- dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
30- dan taman-taman yang menghijau subur,
31- dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
32- untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.


Penerangan:(1) Perkataan-perkataan (الكلمات):

الإنـسـَـانُ – manusia Mommy & Baby
طـَعـَـام – makanan Eating Pizza
الـْـمَـآءَ – hujan 
صَـبًّا – curahan
الأ َرْضَ – bumi Earth
شـَـقـًّا – belahan
حَبًّا – biji-bijian
عـِـنـَـبـًا – buah anggur
قـَضـْـبـًا – sayur-sayuran Leaf 4
زَيْتـُونـًا – zaitun
نـَـخـْـلاً- pohon-pohon kurma
حَدَائـِق – taman-taman
غـُلـْبًا- menghijau subur Tree 3
فـَاكـِهَــة – buah-buahan
أ َبًّا – bermacam-macam rumput
مَتـَـاعًا – kegunaan
أ َنـْعَام – binatang-binatang ternak Mad Cow

*** Semua perkataan tersebut menunjukkan ‘nama’,
samada;
· Manusia
· Haiwan Baby
· Tumbuhan Flowers
· Benda Cell Phone 2

· Dan lain-lain

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI ISIM (الإسـْـــم)

(2) Perkataan-perkataan (الكلمات):
(2.i)
يـَـنـظـُر : melihat kepada Kick Me

– menunjukkan perbuatan ‘melihat kepada’ perkara / sesuatu yang;
* akan datang
* sekarang / sedang berlaku
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el mudhaari’ (الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع) 
(2.ii)
صَبَبْ : صَـــبَّ: mencurahkan Cloud
شـَـقـَقـْ : شـَـقَّ : belah-belahkan
َنـْـبَت َ : اَنبَتَ : tumbuhkan Gardening

- menunjukkan perbuatan ‘mencurahkan, belah-belahkan dan tumbuhkan’ perkara / sesuatu yang;
* telah lalu / telah lepas.
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى)
*** Semua perkataan tersebut menunjukkan perbuatan pada masa tertentu.

PERKATAAN YANG MENUNJUKKAN PERBUATAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI FE’EL
(الفعل)
(3) Perkataan-perkataan (الكلمات):
الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ : إلى : ke Metal Detector
أ َنـَّـا : أن ْ : tiada makna, berfungsi seperti ‘to’ dalam English
ثـُـمَّ : ثـُـمَّ : kemudian
فِـيهَاحَبًّا : فى : pada
وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا (28) وَزَيْتـُونـًا وَنـَـخـْـلا ً: الواو : dan
مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــمْ: اللام : bagi
فـَـالـْـيـَـنـظـُر، فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا: الفاء : maka

*** Semua perkataan tersebut tidak mempunyai makna yang sempurna kecuali apabila ia wujud bersama 
dengan perkataan lain.

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI HURUF (الحرف).
القواعد:
1- (Al-kalimah (الكلمة) : perkataan) terbahagi kepada 3 bahagian: 
الإسم : nama : noun
الفعـل : perbuatan : katakerja : verb
الحرف
 : huruf : particle.

# الكلمة ُ تنقسم إلى ثلاثة أقسام : إسمٌ ، وفعلٌ ، وحرف 


1.1- Isim (الإسم) : nama : noun 
ialah apa yang dinamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda dan lain-lain atau perkataan
tersebut mempunyai makna tetapi tidak terikat dengan masa.

# الإسم : لفظ ٌ يُسَـمـَّى بـِـهِ الأ َشْـياءُ
ما دَلَّ على معــنىً فى نفسه غير مقترن بزمان


1.2- Fe’el (الفعل) : perbuatan : katakerja : verb
ialah apa yang menunjukkan kepada perbuatan pada waktu yang tertentu.

fe’el mudhaari’(الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع): masa kini @ akan datang : present tense @ future tense.

fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى): masa lampau @ telah berlaku : past tense @ past participle.

#الفعل : لفظ ٌ يَدُلّ ُ على حصول ِ عَمل ٍ فى زمن مُـعـَـيَّن


1.3- Huruf (الحرف) : particle :
perkataan yang tidak dapat memberi makna yang sempurna kecuali apabila bersambung dengan perkataan lain.

# الحرف : كُـلّ ُ لفظ ٍ لا يظهر معـناه إلا مع غيره

No comments:

Post a Comment