Wednesday 14 January 2015

لماذا أحب اللغة العربية





Amin amin ya Rabbal a’lamin..Alhamdulilah.. sabda Rasulullah s.a.w : “Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah surah Al-Fatihah.” Untuk permulaan entri Aina’s Blog ini, ana mulakan dengan kalimah suci Alquran Al-karim (surah Al-fatihah)  supaya kelak dapat memberi barakah dalam setiap ilmu yang dikongsikan bersama. InshaAllah semoga segala ilmu yang bakal ana kongsikan dapat membawa manfaat kepada anda semua.
            Syukur Alhamdulilah, dengan tugasan membuat Blog ini, ana dapat berkongsi serba sedikit tentang ilmu Bahasa Arab. Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan tertentu. Dan minat ana adalah ingin menjadi guru bahasa arab. Kenapa ana memilih bidang perguruan kerana ingin menggapai keredhaan Allah. Sebagai seorang muslim, sudah pasti kita harus meletakkan ALLAH sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan kita.
            Ana teringat dengan sebuah Hadith Rasulullah s.a.w ;
“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu, sedekah jariah atau ilmu yang memberi  faedah orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya”
(hadith Sahih-Riwayat Imam Ahmad)
Apabila kita suka memberi dan berkongsi sesuatu ilmu yang bermanfaat kerana Allah, kita akan sentiasa mendapat pahala yang berterusan. Dan dengan adanya tugasan ini, ana dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa arab ana. Jika ditanya mengapa ana minat bahasa arab, ana tidak tahu mengapa. Yang pasti ana sangat meminati bidang bahasa. Mungkin disebabkan ana tidak meminati bidang medic, matematik dan lain-lain. Yang pasti mungkin kerana ini ;

 Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami jadikan kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu ( menggunakan akal ) memahaminy.” ( Az-Zukhruf 43:3)
Akhir kalam, ana akui, terkadang merasa susah mempelajari bahasa ini. Tapi sesungguhnya, inilah takdir Allah. Allah ingin ana lebih dekat denganNya dengan mempelajari ilmu dalam bidang bahasa arab. Tapi ana yakin, walau dalam bidang apa sekalipun, peganglah prinsip belajar kerana Allah. Itu kekuatan selamanya. Ustazah ana selalu pesan,
" العلم في الصدور وليس في الكتب"





No comments:

Post a Comment