Monday, 2 February 2015

صرف/SARAF/SORF : الفعل الرباعى المجرد




Hari ini kita akan mempelajari tentang feel ruba'i mmujarrad (tulisan berwarna biru) iaitu feel yang mempunyai empat huruf asal (tiada penambahan huruf di dalam wazan)

Untuk mengingati pelajaran kali amat mudah kerana wazan feel ruba'i mujarrad hanya mempunyai satu wazan sahaja. Iaitu:

فَـعـْــلـَـلَ (feel madhi - telah berlaku / past tense)

يـُــفـَــعـْـلـِـلُ ( feel mudhari' - sedang berlaku @ akan berlaku / present tense)

Di dalam kitab ianya tertulis begini:

أ َمـَّــا الـر ُّبـَــاعـِــى الـْــمـُــجـَـرَّدُ فـَــلـَــهُ وَز َنٌ وَاحـِــدٌ، وَهـُــوَ أ َن ْ تـَــكـُـون َ مـُــضـَــار ِعـُــهُ مَـضـْـمـُــومَ حـَــرْفِ الـْــمـُــضـَارَعـَـةِ مـَــكْـسـُـورَ مـَــا قـَـبـْــلَ الآخــِــر

Maksudnya : Adapun Ruba'i Mujarrad maka baginya satu wazan. Iaiitu hendaklah pada feel mudhari'nya - dibariskan hadapan huruf mudhari'nya (huruf yang pertama, samada: ي ، ت ، أ ، ن) dan bariskan bawah huruf sebelum akhir.

Contoh:


Untuk menjadikan sesuatu feel itu 'akan berlaku', kita hanya perlu menggunakan feel mengikut wazan feel mudhari' dan tambahkan sahaja samada huruf sin berbaris atas (سَ) atau (سـَــوْفَ) pada awal perkataan tersebut.

Contoh:

يـَــنـْـصـُــرُ : dia sedang monolong

سـَــيـَــنـْــصـُـرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa terdekat)

سـَــوْ فَ يـَــنـْــصـُــرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa lebih jauh atau lama)

No comments:

Post a Comment