2. Contoh mu'annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)
Tanda-tanda yang menunjukkan perkataan tersebut mu'annath ialah samada:
i. Huruf ta marbutah (تاء مربوطة) iaitu huruf 'ta bulat': (paling banyak digunakan)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمُّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
(Aisyah ummul mukminin merupakan tempat rujukan - untuk mendapat fatwa)
ii. Alif maqsurah (الف مقصورة) iaitu 'alif bengkok' atau huruf ya tanpa titik:
لـَــيـْــلـَى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة ٌ فـاضــِـلـَــة
(Laila Al-'Amiriyah perempuan yang baik / berbakti / berjasa)
iii. Alif mamdudah (الف ممدودة) iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf alif tambahan dan hamzah:
أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(Asma' binti Abu Bakar sebaik-baik teladan bagi wanita beriman)
Walau bagaimanapun:
Kadang-kala perkataan itu sebenarnya mua'annath tetapi tiada langsung tanda-tanda mu'annath.
Contoh :هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاء
(Hindun isteri Abu Sufyan telah melakukan perbuatan yang amat buruk / keji)
Hindun ialah nama orang perempuan.
Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath ma'nawiy (مؤنث معنوى).
Contoh-contoh lain:
ز َيـْـنـَـب : Zainab - nama orang perempuan.
أ ُمٌّ: ibu, emak - tentulah orang perempuan kan!
حـَــائـِـضٌ : orang yang haidh -
سـُــعـَــاد : nama orang perempuan (orang Arab biasalah, Melayu jarang dengar)
Sebaliknya:
Kadang-kala wujud tanda mu'annath (huruf ta bulat contohnya) tetapi perkataan itu sebenarnya muzakkar
(lelaki / jantan).
eh, macam mana nak kenal? Oh, senang je nak kenal, kalau dah nama Hamzah!
Contoh:حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. syahid di dalam Peperangan Uhud)
Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath lafziy (مؤنث لفظى)
Contoh lain:طـَـلـْــحـَة - nama orang lelaki / sahabat Nabi r.a
Ada juga perkataan yang mu'annath (perempuan / betina) tetapi- bukan hakiki - cuma dari segi 'perbuatannya' - ketika memerhatikannya di dalam ayat, seperti feel atau dhamir ( هــذه، ها، كِ ) dan lain-lain,
bukannya( هُ ، هــذا، كَ ) yang 'kembali' kepadanya adalah mu'annath.
(Untuk mengenal pasti memerlukan banyak pembacaan).
Contoh:
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ
(Matahari adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah)
Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath majazi (مؤنث مجازى)
Contoh-contoh lain:
أ َرْض - tanah
ر ِيـْــحٌ - angin
ثـُــرَيـَّـا - bintang
جـَــهـَــنـَّــم - 'nama neraka'
الـْـجـَــار - jiran
عـَــيـْــن - mata (anggota badan yang 'sepasang')
كـَــتـِــف - bahu (anggota badan yang 'sepasang')
أ ُذ ُن - telinga (anggota badan yang 'sepasang')
ر ِجـْــلٌ - kaki (anggota badan yang sepasang)