Tuesday, 24 February 2015

للسنة ٤ : أنواع الألعاب الرّياضية



Assalammualaikum.. hari ni, ustazah nak ajar bab yang ketiga iaitu jenis permainan untuk beriadah.. ahaaa... semua orang mesti suka main kan.. taw x dalam bahasa arabnya ap? xtaw kan? so..jom belajar !! أنواع الألعاب الرّياضية merupakan salah satu daripada topik tahun 4, JAIS. so jom belajar sama-sama :)

seperti biasa..sebelum nak belajar kena baca doa dulu... niatkan dalam hati, doa dgn khusyuk taw!

ape tujuan kita belajar jenis2 sukan nieh?!

untuk set induksi, ustazah gunakan kaedah bercerita... lagi best ustazah ajar kat padang kan :) hehe

(1)

(2)

(3)
alhamdulilah... so kita dah habis belajar jenis-jenis riadah kan.. jadi..sebagai aktivitinya, ustazah akan meminta pelajarnya ke padang sebagai tuto.. :) best kan.. sambil tu ustazah tanya nama-nama permainan.. okey..jumpa lagi..renungkan-renungkan dan selamat beramal :) 








للسنة ٤ : المراكب والمواصلات



Assalammualaikum.. setelah sekian lama ustazah menyepi disebabkan kekangan kerja, so..hari ni, ustazah nak ajar bab yang kedua iaitu kenderaan dan perhubungan (المراكب والمواصلات) yang merupakan salah satu daripada topik tahun 4, JAIS. so jom belajar sama-sama :)

toyyib... sebelum kita belajar bab kenderaan ni..mari sama-sama baca doa dulu..moga allah lapangkan hati kita semua. amin :)
jom tengok objektif pembelajaran kita pada hari ini
set induksi hari nie menggunakan kaedah bercerita.
jom mula... المراكب والمواصلات terbahagi kepada 3.. yang pertama, kenderaan di darat.

yang kedua kenderaan di laut.

ketiga ialah kenderaan di udara.

okey..sekarang semua mesti dh pandai dan fahamkan?! jom buat latihan okey..:)
latihan 1.. p/s: jangan meniru taw!
latihan 2

alhamdulillah... kita dh habis belajar utk bab hari nie..moge kalian semua mendapat serba sedikit ilmu dr ustazah.. maaf salah silap.. ilal liqo' :)







Friday, 6 February 2015

نحو/NAHU: Contoh-contoh Alif Mamdudah



Berikut saya kemukakan pula wazan-wazan serta contoh-contoh alif mamdudah iaitu huruf alif yang terletak di akhir sesuatu perkataan diikuti dengan huruf hamzah. Jika anda menjumpai perkataan-perkataan sebegini,
 sudah pasti ianya mu'annath / perempuan /betina. Mungkin anda merasa ianya terlalu banyak atau mendalam. Jika demikian anggap saja ianya sebagai 'pengayaan'.

















Thursday, 5 February 2015

نحو/NAHU: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu'annath (Perempuan/ Betina)






تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
الأمـْــثـِــلـَــة
(١)
أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة
(ب)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌأ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ 
(ج)
هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)
حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

للسنة ٤ : أَدَاوَاتُ الإِستِفْهَام


Assalammualaikum.. hari ni, ustazah nak ajar bab adawatul istifham. asma'ul istifham/adawatul istifham merupakan salah satu daripada topik tahun 4, JAIS. so jom belajar sama-sama :)



sebelum belajar, jom bace doa dulu..moge allah permudahkan :)
objektif pembelajaran
set induksi 
jom mula belajar.. adawatul istifham terbahagi kepada 8 asma'
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
okey.. so sekatang.. untuk tambahkanlah atau memahirkan lagi kita faham ke x.. jom buat latihan 1
latihan 2
sebagai penutup.. ustazah nak bagi kerja romah sikit yew :) hehehe..
lastly...sampai sini sajalah yg ustazah leh ajar.. nnt kita sambung bab lain plak taw.. yang penting, marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa arab.. sebab bahasa arab best sgt.. :)



Wednesday, 4 February 2015

نحو/NAHU: Contoh Dan Penerangan مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ (Lelaki / Jantan, Perempuan / Betina)


تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَّــر وَمُــؤَنـَّــثٍ

الأمـْــثـِــلـَــة
(١)

أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة
(ب)

عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى

لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌ

أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(ج)

هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)

حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)

الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ
Penerangan:
ISIM TERBAHAGI KEPADA:

1. Muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)
2. Mu'annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)
Berdasarkan pemerhatian terhadap contoh-ccontoh tersebut, dapat kita simpulkan bahawa terdapat;
1. Contoh muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة
(Abu Bakar r.a adalah contoh terbaik dalam persahabatan)
Contoh-contoh lain: http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/bahasa-pelajaran-1-kamus.html


2. Contoh mu'annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)
Tanda-tanda yang menunjukkan perkataan tersebut mu'annath ialah samada:
i. Huruf ta marbutah (تاء مربوطة) iaitu huruf 'ta bulat': (paling banyak digunakan)

عـَـائِشـَـة ُ أ ُمُّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
(Aisyah ummul mukminin merupakan tempat rujukan - untuk mendapat fatwa)

ii. Alif maqsurah (الف مقصورة) iaitu 'alif bengkok' atau huruf ya tanpa titik:


لـَــيـْــلـَى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة ٌ فـاضــِـلـَــة
(Laila Al-'Amiriyah perempuan yang baik / berbakti / berjasa)

iii. Alif mamdudah (الف ممدودة) iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf alif tambahan dan hamzah:


أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(Asma' binti Abu Bakar sebaik-baik teladan bagi wanita beriman)

Walau bagaimanapun:

Kadang-kala perkataan itu sebenarnya mua'annath tetapi tiada langsung tanda-tanda mu'annath.

Contoh :هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاء
(Hindun isteri Abu Sufyan telah melakukan perbuatan yang amat buruk / keji)
Hindun ialah nama orang perempuan.
Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath ma'nawiy (مؤنث معنوى).
Contoh-contoh lain:
ز َيـْـنـَـب : Zainab - nama orang perempuan.
أ ُمٌّ: ibu, emak - tentulah orang perempuan kan!
حـَــائـِـضٌ : orang yang haidh - 
سـُــعـَــاد : nama orang perempuan (orang Arab biasalah, Melayu jarang dengar)

Sebaliknya:

Kadang-kala wujud tanda mu'annath (huruf ta bulat contohnya) tetapi perkataan itu sebenarnya muzakkar 
(lelaki / jantan).
eh, macam mana nak kenal? Oh, senang je nak kenal, kalau dah nama Hamzah! 
Contoh:حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. syahid di dalam Peperangan Uhud)

Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath lafziy (مؤنث لفظى)

Contoh lain:طـَـلـْــحـَة - nama orang lelaki / sahabat Nabi r.a
Ada juga perkataan yang mu'annath (perempuan / betina) tetapi- bukan hakiki - cuma dari segi 'perbuatannya' - ketika memerhatikannya di dalam ayat, seperti feel atau dhamir ( هــذه، ها، كِ ) dan lain-lain, 
bukannya( هُ ، هــذا، كَ ) yang 'kembali' kepadanya adalah mu'annath.
(Untuk mengenal pasti memerlukan banyak pembacaan).

Contoh:
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ
(Matahari adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah)
Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath majazi (مؤنث مجازى)
Contoh-contoh lain:
أ َرْض - tanah
ر ِيـْــحٌ - angin
ثـُــرَيـَّـا - bintang
جـَــهـَــنـَّــم - 'nama neraka'
الـْـجـَــار - jiran
عـَــيـْــن - mata (anggota badan yang 'sepasang')
كـَــتـِــف - bahu (anggota badan yang 'sepasang')
أ ُذ ُن - telinga (anggota badan yang 'sepasang')
ر ِجـْــلٌ - kaki (anggota badan yang sepasang)

Tuesday, 3 February 2015

نحو/NAHU: Contoh-contoh Alif Maqsurah



Dalam pelajaran Nahu kali ini, kita fokus kepada contoh-contoh alif maqsurah beserta wazannya sekali. 
Dah nama blog ni Belajar B.Arab ala sekolah pondok kan. Jom kita tinjau-tinjau apa yang terkandung 
dalam kitab kuning. Jangan panik, cuma perhatikan sahaja pada kolum kedua yang bertajuk 'نحو - contoh'. 
Tak payah susah-susah nak hafal, jangan risau!

Perkataan-perkataan tersebut dikategorikan sebagai 'mu'annath / perempuan / betina'. Sebelum itu, untuk pengetahuan saudara, contoh-contoh tersebut telah digarap dalam bentuk syair seperti di bawah ini. 
Orang Arab ni kan, belajar Nahu pun guna syair........